KUANTAN, 26 JULAI: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini merasmikan Pusat Susu Bonda Halimatussaadia di Pusat Kesihatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SASMEC@IIUM) di sini, yang merupakan bank susu patuh syariah pertama di Malaysia.